Baby Set

Posted by Kak Ina | Monday, October 26, 2009 | , , | 2 comments »

Salam untuk semua,

Kali ni Kak Ina nak share dengan semua, projek RE yang Kak Ina dapat beberapa bulan lepas. Set tidur untuk baby. Sebenarnya projek ni dah lama pun siap, dan dah selamat sampai kepada tuannya pun. Cuma kali ni aje Kak Ina ada kesempatan untuk upload kat sini. Tak ada masa.... pastu bengang jugak dengan mutu gambar yang diambik..... tak tahu lah kenapa dengan kamera tu buat hal pulak..... abis semua gambar yang diambik jadi blur semacam.... Ni yang ada kat sini ni adalah gambar2 terbaik yang dapat Kak Ina ambik....

Set tidur baby ni sebenarnya diminta oleh seorang kenalan.... kainnya dihantar sendiri oleh tuan punyanya.... Kak Ina just buat sulamannya sahaja.... Seronok sebenarnya buat projek ni... sebabnya ni adalah first time dapat projek sebegini..... Set baby ni terdiri dari satu sarung tilam, satu bantal tidur dan dua bantal peluk.

Bantal tidur / Pillowcase
size : 8" x 13"


Sarung Tilam / Mattress Cover
Size : 36" x 25" x 3.5"


Ini detail RE untuk sarung tilam kat atas tu


juga detail RE untuk sarung tilam dari angle yg lain pulak



Bantal Peluk/bolster
size : 12.5" (R) x 17"(L)


Ok, itu aje untuk masa sekarang ni, Terima Kasih banyak kerana sudi singgah di sini.





Table Runner for Coffee Table

Posted by Kak Ina | Thursday, October 08, 2009 | , , | 4 comments »

Salam untuk semua,

Terima kasih kerana sudi menjengah di sini..... Kalau dalam N3 sebelum ni Kak Ina share dengan semua projek RE Kak Ina 2,3 hari sebelum raya, kali ni Kak Ina nak kongsi dengan semua projek RE Kak Ina selepas balik raya.

Sebenarnya dah lama bebenar Kak Ina berhajat nak buat table runner utk coffee table kat rumah tu.... tapi asyik tak sempat je nak buat... Balik dari kampung ari tu Kak Ina nekad jugak nak buat TR.... punggah balik riben2 pastu cari mana2 kain yg agak2 cukup utk buat TR, warna dah tak kesah sangat dah janji ada..... matchkan warna lebih kurang.... Kak Ina pun start buat... sebab nak cepat siap so Kak Ina just gunakan teknik spider web roses je... +/- lebih kurang dapat juga Kak Ina siapkan dalam masa 3-4 hari.... jadilah ! untuk sendiri pakai punya....

Kalau berminat nak tengok hasilnya gambar2nya ada kat bawah ni...........

Ini keseluruhan TR yang dah disiapkan....



Design RE untuk bahagian hujung TR



Design RE untuk bahagian tengah RE.....simple je.....



Close up untuk sulaman hujung TR



Sambungan Close up untuk sulaman hujung TR


Selepas 2 tahun akhirnya meja ni dapat gak Table Runner

Sememangnya table Runner ni Kak Ina buat untuk sendiri pakai tapi seandainya ada yang berminat boleh le membuat tempahan dengan Kak Ina. Detail untuk design ni seperti berikut:

Code Item : TR03
size : 60" x 17" ( coffee table)
Price : RM120 ( pos free)

Itu aje buat masa ni.... terima kasih kerana sudi singgah di sini

Sling bag

Posted by Kak Ina | Tuesday, September 29, 2009 | , , , , | 4 comments »

Salam Aidilfitri untuk semua,

Terlebih dahulu Kak Ina nak mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang sudi meluangkan masa singgah di blog ini. Walau pun akhir2 ni blog ni sangat jarang di up date, tapi masih ada juga yang sudi untuk menyinggah...... terima kasih banyak-banyak.

Untuk entry kali ni Kak Ina nak berkongsi dengan semua last projek yang Kak Ina sempat siapkan 2,3 hari sebelum raya hari tu. Projeknya ialah Sling bags. Kak Ina buatkan bag-bag ni semuanya untuk anak Kak Ina beserta sepupunya.....ada 3 orang so ada 3 bag le..... InsyaAllah tahun depan tambah lagi 2 orang. Dah Jadi macam satu kemestian pulak dah bila time raya je... Mak Long ( Kak Ina le tu ) mesti kena supply bag untuk girls ni simpan duit2 raya yang diaorang dapat.

So, untuk semua sudi-sudilah menjengah gambar2 sling bag yang berjaya jugak membuatkan anak2 dara tu tersengih sepanjang raya hari tu......



3 biji beg yang baru sahaja disiapkan



ni beg untuk si kecik Nur Humairah


close up utk RE design




Ni pulak untuk my girl Aisya


Close up utk RE design





Dan yg ini utk the elderst Nur Mashitah


Close up utk RE designnya.


Dan, kalau ada sesiapa yang di luar sana berminat dengan bag2 ni boleh le contact K.Ina, detail utk bag2 ni seperti berikut :

Code Item : SB01, SB02, SB03 ( ikut turutan gambar)
Size : 7.5" x 6"
Material : Velvet
Price : RM25 ( tak termasuk bayaran pos)


Terima kasih kerana meluangkan masa di sini.

Table Runner untuk raya.

Posted by Kak Ina | Thursday, September 03, 2009 | , , | 9 comments »

Salam Ramadhan untuk semua,

Harapnya K.Ina belum teerlambat untuk ucapkan salam Ramadan nie.... bukannya apa... awal2 Ramadan ari tu macam busy skit.... ye ke?... ke saje buat2 sibuk..? He!..he!...he!... Yang benornya K.ina dok sibuk siapkan beberapa tempahan yg di minta siap sebelum raya. Antaranya table runner yg K.Ina uploadkan gambarnya kat bawah ni...

Penat sungguh nak menyiapkan TR ni. TR ni di minta oleh sorang sahabat kat Johor sana. Percaya atau tidak K.Ina ambik masa dekat 2 minggu nak siapkan tak tahu kenapa lambat bebenor.... Ni pun baru aje siapnya ... moh kita tengok gambar2 nyer....



Ini RE bahagian tengah



Close up untuk RE bahagian tengah



Ni pulak RE untuk bahagian hujung... patern ni asalnya patern untuk CC
tapi sahabat K.Ina minta supaya gunakannya untuk TR.




Ni keseluruhan TR yang dah di siapkan.

Code Item : TR02
Size : 62" x 19"
Price : RM150

Kalau ada sesiapa yang berminat silalah cantact K.Ina ye.......

Country Roses 2

Posted by Kak Ina | Saturday, August 15, 2009 | , , | 2 comments »

Salam untuk semua,

Baru-baru ni Kak Ina ada menerima tempahan untuk beg BG17 dari seorang sahabat. Sahabat Kak Ina ni tadi telah buat sedikit perubahan dengan menukar warna background dan saiz beg. Since Kak Ina pun tak berkesempatan untuk menyudahkan projek terbaru Kak Ina untuk dikongsikan di sini, so, Kak ina masukkan ajelah gambar2 beg yang telah Kak Ina siapkan ini. Kak Ina harap sangat yang sahabat Kak Ina tu nanti suke dengan beg2 ni........


Closeup dengan background putih gading


BG17 (white)


Closeup dengan background pink
( nampak macam merah lah pulak ye)



BG17 ( dark Pink)

Detail untuk kedua2 beg ini :

Code Item : BG17 (white) n BG17 (dark pink)
Size (approx): 13"(L) x 12"(H) x 3"(W)
Material : Velvet
Price : RM 55

Sunflower.......Matahari......

Posted by Kak Ina | Monday, August 03, 2009 | , , , | 2 comments »

Salam Semua,

Sekali lagi....Kak Ina nak kongsi dengan semua koleksi terbaru sulaman riben Kak Ina, bunga matahari. Memang sebelum ni Kak Ina memang tak pernah buat bunga matahari lagi. Sesuai untuk dijadikan sarung kusyen atau pun wall deco. Tapi kali ni Kak Ina just jadikannya beg sahaja. Juga disulam ke atas velvet dark brown. Sengaja, selain dari susah sikit nampak kotor... warna gelap background ni dapat menyerlahkan warna bunga tu..... itu yang Kak Ina rasa le....

Jemputlah semua tengok2 gambar2 dari koleksi terbaru Kak Ina ni. Macam biasalah ye......kalau ada yang berkenan jangan segan2 contact Kak Ina.



Close Up Untuk Sulaman



Detail untuk design ini :

Code Item : BG18
Size : 12" x 11" x 3"
Material : Velvet
Price : RM50


one whole set



Phone case...
( ni tak termasuk dlm package ye... ni wat utk sendiri punye.. :D )



Terima kasih kerana sudi singgah di sini...............

Giveaway dari Maklang

Posted by Kak Ina | Thursday, July 30, 2009 | 1 comments »

Salam Semua,

Nak dijadikan cerita hari ni baru Kak Ina perasan kat blog Mak Lang ada giveaway....Yeay! yeay! nak join jugak. Moh le...kita beramai-ramai join...bukan senang tu nak dapat hadiah RE. Kak Ina tak kira qualified ke tidak nak join jugak.

Untuk sesiapa yang berminat nak join give away ni singgah le kat blog jahitan Mak lang, semua syarat2nya ada kat situ...

Country Roses?

Posted by Kak Ina | Monday, July 27, 2009 | , , | 3 comments »

Salam untuk semua,

Kali ini Kak Ina ingin berkongsi dengan semua, koleksi terbaru Kak Ina, design baru dan bunganya pun baru. Dan, Kak Ina dengan sesuka hati Kak Ina sendiri nak namakan bunga ni as Country Roses, atau pun Ros Kampung, aci tak gitu?......

Untuk koleksi ini Kak Ina gunakan Velvet sebagai base materialnya, warna dark brown. Susah sikit kotor. Saiznya sedikit besar dari koleksi small bags Kak Ina. Jemputlah meninjau2 koleksi terbaru Kak Ina ni. Kalau berkenan bolehlah contact Kak Ina.



close up untuk sulaman riben


Detail for the design:

Code item : BG17
Size : 12" x 11" x 3"
Material : Velvet
Price : RM50

Beg Telekung

Posted by Kak Ina | Friday, July 10, 2009 | , | 0 comments »

Salam semua,

Dah tak berapa lama dah lagi kita nak menyambut Ramadan, sekarang ni memang tengah musim melunaskan hutang2 puasa yang tertunggak....bila dah sampai masa suntuk macam ni baru nak menyesal kenapalah tak disettlekan awal2. Tapinya memang tak pernah belajar pun....nanti bila dah lepas Syawal.... leka lagi... sudahnya tiap2 tahun terkejar2 nak ganti puasa.

Bila dah dekat dengan Ramadan macam ni, dah jadi macam satu trend....ramai yang akan bertanya pasal beg telekung...... Rezeki tu untuk sahabat2 yang rajin menjahit beg..... Baru2 ni SIL K.Ina ada mintak Kak Ina buatkan beg telekung untuk dia, memandangkan K.Ina tak ada projek baru nak disharekan kat sini. So, Kak Ina masukkan ajelah gambar utk beg tu kat sini, Design REnya memang sangat familiar dgn blog K.Ina ni... .....



Opss salah gambar! tak pe lah malas dah nak remove..... beg ni kawan yang mintak pun untuk isi telekung juga. Design RE nya dari BG12 (tengok post yg dulu2) tapi saiznya dibesarkan sikit.




Ha!... yang ni baru betul....familiar dengan design ni?
Memanglah.....design ni dah berapa kali keluar kat sini.





Bahagian dalamnya yang kosong...........



Bahagian dalamnya yang dah berisi dengan telekung.....

Code Item : BG16
Size : 12"x11"x3"
Price : RM40

Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah contact K.Ina kalau nak design2 lain utk dijadikan beg telekung pun bisa diatur. Bagi yang belum habis mengganti puasa tu moh lah kita bersama2 melunaskan hutang kita tu bersama.......

Lamanya..........

Posted by Kak Ina | Tuesday, June 23, 2009 | , | 4 comments »

Salam untuk semua,

Lama sungguh rasanya blog ni terbiar... ni memang terbiar betul2 sampaikan menjenguk2 pun tidak. Kalau ada apa2 message pun Cik abang Kak Ina yang tolong sampaikan, sebabnya dia rajin sikit dok kat depan komputer ni...

Lepas Kelas RE ngan Mak Lang kami tundakan hari tu, Kak Ina banyak spend masa settlekan tempahan. Antaranya yang Kak Ina tunjukkan kali ni. 5 biji sarung kusyen dari design CU09. Bila dah siap kesemua sarung kusyen ni rasa macam lega sangat.... Lepas tu pulak cuti sekolah dah agenda harian berubah 180 darjah.

Tapi tu semuanya alasan je kan... kalau nak menjenguk blog pun bukannya makan masa yang lama pun. Sekarang ni Kak Ina tengah buat Wall Deco untuk seorang sahabat di Sarawak. Kesian dia lama bebenor dia tunggu.... Kak ina harap dia tak marah... Insyallah dalam seminggu ni settle lah kot.

close up untuk bunga tengahnya



Kesemua CC yang dh siap...LEGA sangat....

Just nak bagitau pada sesiapa yang berminat nak attend kelas RE Kak Ina & Mak Lang, sukacita dimaklumkan kelas akan dimulakan semula pada bulan Julai nanti... untuk detail hubungi Kak Ina atau pun Mak Lang. Atau pun singgah di Ribbon Chanteq kat sebelah tu....

Itu aje untuk kali ni, terima kasih untuk Ellanie dan Suha....kak Ina pun rindu kat korang....amacam projek dah siap?

Blog Widget by LinkWithin